ANAK SELSEMA LAMA ???

Wednesday 9 May 2012

NOTA 2 : ARUS DAN LITAR ELEKTRIK

Arus dan Litar Elektrik

Nota

1.
Banyak alat / peralatan yang digunakan dalam kehidupan seharian menggunakan elektrik
2.
Antara contoh peralatan yang menggunakan elektrik ialah radio, televisyen, komputer dan lain-lain lagi.
  
Litar Elektrik 

1.
Bateri atau sel kering merupakan satu daripada sumber arus elektrik.
2.
Setiap bateri mempunyai dua hujung yang dinamai terminal positif (+)dan negatif (-).
3.
Apabila kedua-dua hujung terminal disambung oleh wayar penyambung dan dipasangkan mentol seperti rajah di bawah, mentol akan menyala.


4.
Mentol menyala kerana ada laluan lengkap atau tertutup yang membenarkan arus mengalir. Laluan elektrik ini dinamai litar elektrik.
5.
Litar yang terdapat ruang kosong di sepanjang laluan arus digelar litar terbuka atau tidak lengkap.
6.
Mentol tidak menyala kerana elektrik  tidak boleh melalui udara di antara ruang kosong itu.

Konduktor dan Penebat Elektrik

1.
Bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dinamai konduktor elektrik, manakala bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dinamai penebat elektrik.
2.
Semua logam ialah konduktor elektrik.  Contohnya kuprum dan besi.
3.
Semua bukan logam kecuali karbon ialah penebat elektrik. Contohnya plastik dan kayu.
4.
Sesetengah cecair seperti asid dan alkali boleh membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.

No comments:

Post a Comment